Sebenarnya saya nie bukan pandai sangat bab-bab penulisan
nie..zaman skolah dulu selalu lupa bawak buku..kena berdiri atas kerusi..rasa
malas sangat membelenggu dan xtau nak stat cite dari mana. Tp semangat nk share
pengalaman memborong di Guangzhou, China nie saya rasa penting untuk saya kongsikan pada sesape
yang berminat nk mulakan perniagaan keci-kecilan sehingga menjadi empayar
perniagaan yang besar.
Pada pandangan saya, sesebuah perniagaan yang nak kita buat kita
kena bermula dengan kecil2an..kerana apa yang penting dalam perniagaan adalah
strategi marketing..kalau marketing x power tp product power gile pon x
guna..baik kita mula dengan kecil2an dan melebarkan sayap bisnes kita selaras
dengan marketing yang makin lama makin berkembang..In sha Allah.
OK! China merupakan sebuah Negara pengeluar terbesar di
dunia..itu fakta..dan penduduk Negara China sangat ramai..di Guangzhou sahaja
kepadatan penduduknya dah sama ramai macam kat Malaysia..bayangkan semua rakyat
Malaysia duduk kat Selangor..mmg padat giler!!..rumah di sana sume apartment..
tinggi2 pulak tu...jadi cara diorang cari duit sangat mencabar..dan mata wang
diorang rendah..
Entry saya fokus kepada memborong di Guangzhou China je
k...sbb kat situ je pengalaman saya..haha. Sebelum saya meneruskan penulisan
saya..jangan lupa follow di instagram/FB page @pemborongchina
Ramai tanya saya macamana saya boleh terfikir utk buat trip ni?
kalau nk saya cerita kisah dia memang panjang..tapi takpe..sy cerita
jugak..uhuk2. nak dijadikan cerita, tahun 2012 bermulalah kisah dimana abg saya
ajak bercuti ke China. kepala otak ni da terbayang Tembok China..masa tu pulak
Airasia buat promo FREE SEAT, mmg tak pikir panjang..klik2..RM499 (return)
keeeee guangzhou. Lagi 1-2bulan nk fly, suruh isteri search apa yg patut utk
kami buat itirenary...mana TEMBOK CHINA nyaaaaa????hahahha sume da cuak.
Ghope2nya nk g daki tembok tu tiket ke BEIJING..**nangis
takpe2 cool..asalkan jejak china..google2 BLUR. tempat apa ni. LOST sekejap..takpe2..kite kasik redah. Book apartment yg memuatkan 6dewasa (say,isteri,abg&kakakipar&ibuabah). Jauh jugak apartment kami duduk dari tempat2 hot spot di guangzhou. Siap sesat2 nak cari apartment. 2jam hilang arah..tp takpe..pengalaman itu, hasilnya Alhamdulillah.. sbb tu saya rasa terpanggil nk tulis entry nie..klau entry ini Berjaya bermakna inilah hasil penulisan saya yang pertama sepanjang hidup saya.. satu pencapaian yang membanggakan..uhuk2!!
Gajah2 kat liuhua nie sume jinak2...korang boleh sentuh.....bagi
yang betul2 berani ...korang tunganglah gajah emas nie...
Sebelum saya menulis karangan saya panjang lebar..saya listkan
dulu secara detail apa yang perlu korang buat sebelum pergi china 1bulan
sebelum!!..selamat membaca dan mencatit :
1. Pasport – pastikan passport sah untuk tempoh 6 bulan. Kalau lagi 5bulan nak tamat tempoh, terpaksalah renew. Bayaran renew passport RM 200 untuk 5 tahun (13-59tahun) dan RM 100 untuk (12tahun kebawah & 60tahun keatas). Renew passport sehari je. Nasihatkan buat la awal2. Sebab lepas ni kene buat visa china pula yg mengambil masa 4hari.
2. Tiket kapal terbang – tiket ke Guangzhou kalau waktu promo AA RM 324 (return), kalau bukan waktu promo boleh mencecah RM 700-900 (return). Kalau tiket promo MAS RM 700+ (return), bukan waktu promo RM1000+(return). Ini standard harga tiket.
3. Tempahan hotel – kenapa kene tempah hotel awal2? Ini adalah wajib sebab nnt korang nk buat visa. in case korang tak beli tiket kapalterbang lagi la..Korang boleh buat tempahan hotel di booking.com @ agoda.com sebab “tempah dulu,bayar kemudian”. Tempahan hotel ini adalah syarat untuk apply visa. Korang decide la betul2 nak duduk mana. Kalau tetiba nak cancel duduk hotel itu, nk duduk hotel lain..boleh, visa takde effect selepas korang apply. Korang kene cancel kan kat booking.com @ agoda.com cepat2 la sblm mereka charge.
4. Visa - nak masuk Negara China, kena ada visa. Visa ni macam tiket masuk la. Visa ni akan ditampal dalam buku passport korang. Mana nak buat visa? ni alamat :
1. Pasport – pastikan passport sah untuk tempoh 6 bulan. Kalau lagi 5bulan nak tamat tempoh, terpaksalah renew. Bayaran renew passport RM 200 untuk 5 tahun (13-59tahun) dan RM 100 untuk (12tahun kebawah & 60tahun keatas). Renew passport sehari je. Nasihatkan buat la awal2. Sebab lepas ni kene buat visa china pula yg mengambil masa 4hari.
2. Tiket kapal terbang – tiket ke Guangzhou kalau waktu promo AA RM 324 (return), kalau bukan waktu promo boleh mencecah RM 700-900 (return). Kalau tiket promo MAS RM 700+ (return), bukan waktu promo RM1000+(return). Ini standard harga tiket.
3. Tempahan hotel – kenapa kene tempah hotel awal2? Ini adalah wajib sebab nnt korang nk buat visa. in case korang tak beli tiket kapalterbang lagi la..Korang boleh buat tempahan hotel di booking.com @ agoda.com sebab “tempah dulu,bayar kemudian”. Tempahan hotel ini adalah syarat untuk apply visa. Korang decide la betul2 nak duduk mana. Kalau tetiba nak cancel duduk hotel itu, nk duduk hotel lain..boleh, visa takde effect selepas korang apply. Korang kene cancel kan kat booking.com @ agoda.com cepat2 la sblm mereka charge.
4. Visa - nak masuk Negara China, kena ada visa. Visa ni macam tiket masuk la. Visa ni akan ditampal dalam buku passport korang. Mana nak buat visa? ni alamat :
Waze je : Hampshire Place, Ampang
Masa : Isnin - jumaat
Buat visa : 9am - 3pm
Ambil visa : 9am - 4pm
Bayaran : RM 104.20 (sekali masuk)
Proses visa : 3-4 hari
Sila bawa bersama :
·
borang visa klik
: http://www.chinaembassy.org/eng/ywzn/lsyw/vpna/rap/t84254.htm @
isi borang kat sana)
·
passport
·
booking hotel di
Guangzhou (kene siap2 booking, kami slalo booking pakai agoda.com) atau
·
pengesahan membeli
tiket kapal terbang
·
salinan muka depan
passport
·
gambar 2keping
(latarbelakang putih)
5.Makanan - beli makanan mengikut keperluan, sana ada makanan halal. Pandai-pandai la korang bajet. Macam saya haritu pergi berdua dengan wife selama 5hari, kami bawak meggi asam laksa 3, meggi goreng sedap 3, air susu dutchlady strawberry 6, air susu dutchlady chocolate 6, ketupat 20 (pek kecik, masak kat Malaysia siap2), sambal ikan bilis, roti gardenia(saiz kecik), tuna 1, 3in1 nescafe 15paket, pisau, pinggan polistren 2 (kitarsemula), sudu garfu 2. Itu je. Details kau..hihi
6. Ubat – penting. Bawak la sepapan panadol dan
minyak yueyii (faveret kami anak beranak)
7. Beg – pengalaman saya, pergi takyah checkin
banyak2. Kami pergi berdua, sorang je checkin luggage 20kg. Dalam tu
semata-mata makanan. Untuk baju, korang handcarry (baju 2helai, sejadah,
telekung). Penerbangan balik, baru checkin maximum setiap orang. Max luggage
25kg. So total kami berdua 50kg.
8. Kasut – elemen penting. Pakai kasut yang
selesa. Digalakkan kasut sukan. Kat sana plaza besar2, bole melecet kalau pakai
kasut yang tak kena.
9. Musim – di sana ada musim sejuk, tapi takde
salji la. Suhu sejuk dalam 13-20c. Musim sejuk bermula hujung Nov – Mac, April
– Okt musim panas (macam cuaca di Malaysia)
10. Shipping – kalau anda pergi sana memborong
lebih dari 50kg, memang tak boleh nak bawak masuk kapal. Kalau korang angkut
jugak, memang beribu bayar. Kos lebihan muatan, 1kg = RM 15. Bayangkan..Jadi,
untuk shipping, anda boleh survey mana-mana syarikat logistik di Malaysia yang
menguruskan penghantaran dari china ke Malaysia. Kos sekitar RM 350 untuk 1cbm.
11. Matawang - banyak saya baca, di china
banyak wang palsu. Jadi berhati-hati untuk menukar matawang. Kami prefer tukat
duit di Visionary Creation, IOI mall Putrajaya. dkt bahagian makan2..berdepan
Big Apple.
Setakat ini, itu sahaja yang saya rasakan penting..nanti ade
input lagi saya tambah..
Ini merupakan kali kedua kami pergi Guangzhou china pada
10-15 Disember 2013..kali pertama kami pergi bersama keluarga..musim panas
pada bulan sept 2013..trip holiday, bukan bisnes..trip sesat yg menyebabkan
terhasillah bisnes kami. Bila dah nampak
peluang, kami pergi berdua, kali ini musim sejuk..suhu sekitar 13-20c...pakai sweater tebal skit dah cukup
dah..kalau korang nk beli sweater kat sana pon ok..tepi jalan pon ramai
jual..harga sekitar 100-200yuen..masa kat china sama je macam Malaysia..kalau kul 6.00 petang Malaysia..china pon
kul 6.00 petang tp dah stat gelap macam kul 7.00 ptg kat Malaysia. Kul 6.00
pagi kat china dah cerah dah..waktu solat pulak lebih awal..klau Malaysia
magrib kul 7.15 ptg china magrib kul 6.00 ptg..jgn tinggal solat plak k!!.
Print skali waktu solat kat china..senang nk rujuk...
Tiba je kat airport china lebih kurang 4 jam perjalanan dari
Kuala lumpur...sambil menunggu luggage tu..ada counter jual sim kad
china..elok ar korang beli, harga dia 100yuen dan suruh dia aktifkan internet
skali.. klau korang nk tau internet di china nie..facebook xleh bukak..blog
xleh bukak..instagram pun tak boleh..jd nasihat saya.. eloklah korang print
apa2 yang dirasakan penting..sbb ianya sangat berguna..org china diorang
kurang guna whatsapp..diorang guna wechat..saya pon siap2 download app
wechat kat malaysia....tapi kalau korang jenis tak boleh hidup tanpa dunia
sosial..download BETTERNET. die bole tembus segala FB&IG. hahaha. tapi
internet kene kuat la.
Flight saya tiba jam 2pagi. Jd saya tidur je kat baiyun airport
kat situ ada disediakan overnight visitors rest area...ada
kerusi..mula2 saya ingat nk tido dalam keadaan duduk dengan gaya yang cool..dah
lah kerusi dia ada besi penghalang.. agak susah nk tido baring.. tp korang
boleh je tido baring..korang boleh copy paste cara orang2 lain tido dengan gaya
yang sangat best dan selesa..saya tetap memilih gaya cool..haha
pandai2 la korang pikir nk tidur macamana..
Bolehlah rehatkan badan dulu kat sini
Pengangkutan utama di Guangzhou ialah keretapi. Jam kul 6.00
pagi METRO dah mula beroperasi..kat kat china kita panggil METRO railway
station..sangat efisyen paling lama pun tunggu 2 minit..time orang china g
kerja ngan balik kerja METRO akan jadi sangat sesak tp sgt banyak
keretapi..ianya sangat mudah...eloklah korang download explore
Guangzhou kat play store..kat situ ada peta perjalanan METRO station
Guangzhou.. perjalanan dari baiyun
airport ke Guangzhou railway station denga bayaran 7 yuen sahaja.. perjalanan
mengambil masa lebih kurang 30 mint..kalau korang naik teksi pon boleh..korang kena tunjuk
kat driver teksi tu alamat hotel dalam bahasa china baru boleh sampai..bayaran teksi lebih kurang
100yuen..jangan tunjuk alamat hotel dalam BI..esok pon belum tentu
sampai..orang china nie mmg tak tau cakap orang putih langsung..korang akan
rasa sangat bersyukur bila berjumpa ngan orang china yang pandai cakap orang
putih walaupon skit2..saya pon BI skit2 je pon boleh cakap...yes..no..ok..bye..
haha..broken English just nice kat china nie..
dalam keretapi..wife saya memang tak ley lekang ngn hp die..ish
Metro railway station adalah pengangkutan awam paling efisyen
dan murah di Guangzhou
Kalau nak borong kasut or beli satu je bleh ar datang ke sini..
belikan sweater winter untuk anak sedara..comel2..gerammm!!
ni baju sweater untuk pakcik sedara..tolong pesan belikan..
tempat plaza borong fabrik kain...segala jenis kain ada kat
sini..plaza blakang aku n wife tu adalah plaza baru...harga dia agak mahal
skitlah...klau korang rajin pusing nie...boleh patah kaki..aku sarankan korang
belilah basikal elektrik..haha..lagi satu...aku pelik wife aku sgt colourfull
kat china nie...kat KL x plak dia dressing camtu...
Sample kain je kat kedai....korang kena pilih dlu...dah confirm
sume harga...nanti diorg amik kain kat warehouse.....jgn lupa cek barang
dulu...bukan betul sgt diorg nie...kalau dia dah siap bungkus..ko koyak
je...salotip murah je kat sana...cina dalam gambar tu ar bg barang tah
pape...elok korang jgn g kedai dia...
Di setiap kedai nie diorang hanya pamerkan sample kain
sahaja..kita kena book dulu bayar 50%nanti baru dia amik barang
kat kilang...itu cara diorang berniaga..50% lagi korang bayar masa dia antar
barang kat hotel..jgn lupa periksa semua barang dulu sebelum bayar...sbb sifat
orang china nie..diorang mmg x bgtau kita klau barang xde..dia main bagi
je barang lain..3 tempat saya borong...sume wat perangai camnie..kalau
korang dapati barang x cukup atau barang lain..bagitau je kat tokey tu dengan
berhemah..nanti di bagi balik duit kita..pastu dan2 cakap, saya memang mahu
bagi itu duit, tapi terlupa nak bagi semalam! Huh! (dia cakap broken english yg
ktorg kena teliti setiap butir..asal paham sudah..haha)
versi musim sejuk.....area sini kitorg slalu beli borong dgn
harga yang murah..tp kuantiti kena beli banyak..kalau takat nak beli 4 meter
tokey cina nie xkan jual..itu masalah utama tempat nie..nama pon plaza
borong....apa boleh buat...beli jelah kain sepapan dengan satu corak
Nie adalah pemandangan biasa plaza borong kain Guangzhou
China....lori masuk plaza adalah perkara biasa...klau basikal elektrik kat
tingkat 3 tu pon biasa bagi diorg...basikal sume ada hon...tu yang kecoh
skit...sana sini hon...padahal laluan pejalan kaki nie...
Klau dah masuk plaza borong tu...jgn excited sgt...korang kena
ingat jalan kuar...sesat tu perkara biasa kat sini...bukan apa...klau tersesat
tu...susah skit nk tanya diorang nie....rasa cam itik slow talk ngn ayam....mmg
boleh cari jalan kua....Cuma ianya akan merugikan masa dan tenaga je...baik
ingat skit2 jalan kua...aku pun bukan jenis ingat jalan sangat..huhu..harapkan
wife jela..die memang otak GPS sikit..kekadang dengan waze pon die boleh
gadoh..haha
Disebabkan diorang nie xtau cakap orang putih..calculator sangat
penting..jd..jgn lupa bawak calculator bagi memudahkan urusniaga. Dah penat
bejalan...kalau rasa lapar...kat area zhongda nie korang jangan risau....ada
orang islam niaga tepi jalan....takat nk makan satay kambing, lembu...senang2
je... sedap jugak... kalo korang x gemar satay.....korang bleh try roti ala2
roti nan...yang ada gula...sedap...serius sedap....makan sambil memborong....tp
roti brape lama sgt kita boleh tahan....apa lg...lom pekena
mee...sedap....hari2 aku makan mee nie kat zhongda....simple je....xyah
masak2...dia gaul2 je...
roti ni memang sedap bila di makan di china..hihi..bawak la
bebanyak k..untuk alas perut..
Satay plak harga satu 3 yuen(rm1.50) sebatang..agak mahal.kat malayia 0.60sen je. Tapi satay die sedap..perapan rempah2 mmg superb..tgk gambar tu dari terang sampai gelap kitorang makan satay...
Bagi sahabat dan kenalan yang mahu memulakan bisnes, datanglah
ke guangzhou. alami sendiri dunia perniagaan sebenar yg mencabar. Sebenarnya
banyak lagi tempat2 borong yang saya pegi...mcm plaza borong barangan
kulit....plaza borong barangan elektrik dan elektronik....palza borong pakaian
kanak2...mainan kanak2...mcm2 lg lah tempat borong....nnt saya tulis lagi
Saya menulis nie adalah bertujuan untuk berkongsi rezeki
dan membuka mata saper2 yang berminat nak memulakan bisnes...peluang dan
potensi banyak kat luar sana...jom kita teroka...
Nilai bagi pengalaman ini jika dikongsi besar faedahnya...bagi
yang berminat nk join kami...boleh lah join TRIP BERSAMA PEMBORONGCHINA. Pakej
Trip yang kami sediakan in sha allah kami janjikan anda hanya ikut kami sekali
sahaja..selepas tu anda turun sendiri like a PRO bro!
jika bermanfaat, sudilah kiranya anda share perkongsian dari
saya ini..semoga semua yang membacanya dapat membuka mata tentang peluang yang
terbentang luas dalam bidang perniagaan.
Sekian,
Assalamualaikum
Assalamualaikum
psst : nnt abam menulis lagi.
No comments:
Post a Comment