ini soalan biasa yang akan tanya oleh peserta bila mereka pertama kali nk join trip ke guangzhou untuk memborong dalam kuantiti yg besar. Mereka mengharapkan barang yg diorg akan beli tu meletup-letup sale nanti bila jual kat malaysia.
JAWAPAN YANG PALING TEPAT IALAH
barang yang terbaru x semestinya menjamin awak boleh pukul sale kaw-kaw bila jual kat malaysia nanti. sbb barang baru lebih sukar untuk diperkenalkan kepada pengguna berkaitan kelebihan dan kebagusan barang tersebut.
TETAPI BARANG BARU MARGIN UNTUNG BESAR. SEBAB APA BESAR?
Sbb barang korang jual tu masih fresh dan boleh tekan harga sampai 4x-6x hrga kos.
CONTOH :
barang baru harga kos ambil direct dr china.
Harga kos RM15
Harga jualan RM65
Untung RM50
Wah..banyaknya untung😱😱
Kalau amik 1000pcs
kos 15k
jualan 65k
UNTUNG 50k😱
Seronok niaga camnie😘
Bunyi macam zalim bila makup harga tinggi2 tapi itulah sbnrnya yang peniaga bijak buat.
Tapi untuk makluman PISANG XKAN BERBUAH 2 KALI.
jangan ingat untung je..💰💰
MEH ABAM CITER APA RISIKO DIA?
Sekiranya barang 1000pcs tu x dapat jual dlm tempoh 2-3 bulan..anda akan rugi kaw-kaw.
Kebiasanya kes ini terjadi kepada mereka yang baru nk mula berniaga. Pikir nk untung je.. rugi diorg x nmpk lg.. nk nmpk rugi kena rasa dulu dr pengalaman sendiri.
BARANG BARU HARGA PASARAN AKAN JATUH DENGAN MENDADAK.
Bulan nie boleh jual dengan harga RM65..
Bulan depan belum tentu boleh jual dengan harga keras RM65.
Bulan pertama harga jualan RM65
Bulan kedua harga jualan RM45-50
Bulan ketiga harga jualan RM30-45
Bulan keempat harga jualan rm15-20
Bulan kelima harga jualan RM15
Bulan keenam harga jualan RM12
Bulan ketujuh XDE ORANG NK BELI DAH.
EH.. KENAPA JADI CAMTU?
Story dia mmg simple.. tapi korang kena beringat ianya benar-benar berlaku.
1)ko org pertama bawak masuk
2)ko ingat peniaga2 level jerung borong barang jenis 1 kontena x nampak peluang barang tu bagus? Diorang borong 10k pcs dengan harga RM10/pcs.. dan tolak RM45/pcs
3)diorang jerung bro.. supplier barang 1 malaysia.
4)supplier cina pon dah mula ramai nmpk barang tu jualan cantik.. supplier copy barang..jual dengan harga lagi murah.
5)dulu ko borong harga kos RM15/pcs tapi sekarang harga borong RM8/pcs. Jangan pelik..supplier ngn supplier kat cina tu pon kuat copy barang.. sbb tu kalau pegi plaza borong di china.. barang nmpk sama tp kualiti berbeza.. diorng buat kilang lain2.
6)lama-kelamaan 3-4 bulan ko akan nmpk barang ko tu susah nk jual dah sbb ramai peniaga dah main harga..ko kena turunkan harga lg..turunkan lg..turunkan lg..sampai ko rasa barang ko nie dah jual dengan harga kos.
dulu emoticon pillow nie abam jual RM45 sekarang kat pasaran RM15
nie lagi susah nak jual sekarang
abam jual RM50 dulu..skrg jual RM10 pon xde orang nk beli MONOPOD nie
SEBAB ITU BARANG TRENDING DAN TERBARU KENA JUAL DENGAN CEPAT
KALAU MARKETING X POWER LAGI JANGAN TAMAK BORONG BANYAK BANYAK.
boronglah 100pcs dulu.. yang penting barang ko habis dan restock lagi sikit2..kalau stock dah habis..
Aku ajar nie jalan paling selamat baru mereka yang baru nk start niaga.
INGAT...BARANG TRENDING KENA JUAL CEPAT!!!
Semoga perkongsian ini bermanfaat
No comments:
Post a Comment