know more..click here..

Friday, August 17, 2018

PERSEDIAAN RAPI SEBELUM KE GUANGZHOU CHINA BAGI YANG PERTAMA KALI UNTUK PERGI SENDIRI TANPA AGENT


PERSEDIAAN SEBELUM MEMBORONG KE CHINA

  1)      PASSPORT
Passport berfungsi sebagai pengenalan diri di luar Negara, Pastikan passport anda masih hidup 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Jika tidak anda tidak akan lepas dari mana-mana pintu sempadan Negara. ini basic ya.. takkan itu pun abam nak ajar.

  2)      SEMAK SENARAI HITAM IMIGRESYEN
Semakan ini mudah, anda boleh buat semakan di website imigresen iaitu http://sspi2.imi.gov.my/



dengan hanya memasukkan nombor  IC/pengenalan diri anda sahaja. Sekiranya anda masih dibawah seliaan pelaporan polis jangan mimpi anda bolos dari sempadan Negara melainkan jalan tikus. Siapa yang belajar tinggi-tinggi sehingga menara gading tu pasti biasa semak sebab takut tidak lepas keluar Negara. Hutang tetap hutang, pastikan anda bayar hutang PTPTN.



Sebelum anda membuat pembelian tiket, sila semak terlebih dahulu bagi mengelakkan anda tersadai di pintu-pintu imigresen negara Malaysia. sekiranya semakan status kawalan imigresen menunjukkan tiada halangan, anda boleh menarik nafas lega. Sekiranya semakan menunjukkan sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat, tak payahlah menggatal nak keluar negara. selesaikan dahulu hutang PTPTN anda atau anda sedang berhadapan dengan prosiding mahkamah yang memutuskan anda tidak boleh keluar negara.

Tips dari abam:
ü  kebiasaannya ramai x lepas keluar negara sebab sangkut PTPTN, sebenarnya PTPTN nie tak kejam mana. Awak tak perlu langsaikan semua hutang sekaligus, pergi pejabat PTPTN terdekat atau hubungi PTPTN untuk apply UJRAH. Abam dulu masa apply kena bayar RM7000 baru boleh apply UJRAH dan bulanan kena bayar RM300. Itu pun lepas 8 tahun habis belajar baru abam ada kesedaran nak buat UJRAH. Hutang tetap hutang yer.




    3)      TARIKH YANG TIDAK SESUAI UNTUK KE GUANGZHOU
Untuk memborong di Guangzhou, banyak perkara yang perlu anda teliti terlebih dahulu bagi mengelakkan misi anda gagal. Kadang-kadang kita terlalu teruja untuk keluar negara tapi pergi pada masa yang tidak sesuai. Akibatnya, kita tidak dapat barang yang kita mahukan dan merugikan masa dan tenaga. Sila google kalender cuti umum di china terlebih dahulu.
Antara tarikh yang pasti tidak boleh pergi ke Guangzhou untuk memborong ialah seperti berikut:

1)      Cuti perayaan tahun baru (Chinese New Year)
Anda perlu tahu, setiap tahun Negara china akan menyambut perayaan Chinese New Year.
Sekiranya hari ini adalah Chinese new year, jadi 2 minggu sebelum dan 2 minggu selepas Chinese new year adalah masa yang tidak boleh turun ke Guangzhou. Kebanyakkan kedai tutup pada waktu itu. Selain itu kebanyakkan kedai yang buka  kedai tidak mempunyai stok barang niaga yang banyak kerana kebanyakkan kilang telah menghentikan operasi lebih awal dari tarikh Chinese new year.

2)      Sambutan hari Kemerdekaan
Negara China telah merdeka pada 1 Okotber 1949. Oleh itu, setiap tahun sambutan kemerdekaan akan diadakan. Banyak jalan akan ditutup untuk tujuan acara sambutan hari kemerdekaan. Bagi pekerja kerajaan, mereka bercuti selama seminggu.  Untuk para peniaga dan plaza-plaza borong pula tiada ketetapan hari cuti dibuat tetapi kebanyakan peniaga tidak membuka kedai pada 1&2 oktober setiap tahun.

3)      Panganjuran Canton Fair
Canton fair adalah event besar-besaran seluruh Guangzhou, semua pembekal dan pengilang akan berkumpul di conton fair bagi memasarkan produk mereka keseluruh dunia. Jika anda pergi ke Guangzhou pada tarikh canton fair, anda akan alami masalah harga hotel meningkat 100% kerana penawaran melebihi permintaan. Teksi tidak mahu menggunakan meter dan menawarkan harga yang sangat tinggi, dan jalan kebanyakkannya sesak kerana ketika ini Guangzhou menjadi tumpuan dunia bagi memasarkan barangan mereka. Sila google tarikh canton fair kerana ianya berubah setiap tahun. Penerangan berkaitan canton fair abam akan terangkan dalam bab yang lain.


         Tips dari abam:
ü  google terlebih dahulu tarikh-tarikh canton fair bagi mengelakkan kos anda meningkat 100% . canton fair sebenarnya bagus bagi peniaga yang nak memborong dalam skala yang besar. Kalau setakat nak beli stok barang bawah 1000pcs. Baik anda elakkan pergi ke china pada tarikh canton fair.



4)      TIKET PENERBANGAN
Tiada perbezaan masa di Malaysia dan Guangzhou, kalau di malaysia jam menunjukkan pukul 6.00 petang di Guangzhou juga sama. Cuma lebih tepat seperti berada di sabah, jam 6.00 petang sudah mula gelap dan 6.00 Pagi sudah mula terang.

Penerbangan dari KUALA LUMPUR ke GUANGZHOU mengambil masa 4 jam 10 minit. Abam biasa pergi Guangzhou menaiki penerbangan Air Asia. Setiap hari ada penerbangan ke Guangzhou dan Air Asia menawarkan 3 masa penerbangan.




Abam cadangkan beli tiket airasia, sekiranya beli ketika promo memang murah serendah RM496 pergi balik. Harga ketika tiada promosi sekitar RM700 ke atas, bagi abam kalau dapat harga bawah RM700 sudah dikira murah, jangan tenung lama-lama, lebih baik terus beli, makin ditenung makin naik harganya. Airasia memang begitu. Kalau banyak duit boleh beli saat akhir harga sekitar RM1000-1200. Terpulang pada korang.

Tips dari abam:
ü  Beli tiket penerbangan pergi pada pukul 5.05 pagi kerana ianya banyak menjimatkan masa dan kos korang. Sampai Guangzhou sekitar jam 9.15 pagi  boleh terus pergi ke hotel untuk letak barang di lobi bawah pengawasan pekerja di hotel dan terus pergi memborong. Kebiasaannya anda boleh checkin di hotel jam 2.00 ptg. Jimat 1 hari hotel kalau pegi pukul 5.05 pagi.

ü  Waktu penerbangan balik terpulang pada korang, kalau nak stay lama ambil penerbangan terakhir pukul 10.00 malam. Tapi ingat yer, sampai Malaysia kul 2.05 pagi. Jangan suka nyusahkan orang pickup awak tu pagi-pagi buta kat airport, sekali sekala takpe.


5)      VISA
Negara China memerlukan visa,  permohonan visa di Malaysia hanya boleh di buat di 3 tempat sahaja iaitu di hampshire place Jalan Tun razak, George town Pulau Pinang dan Kuching Sarawak.



              

Embassy china suka tukar syarat permohonan secara tiba-tiba, jadi anda boleh semak website Embassy terlebih dahulu bagi mengelakkan anda buat kerja 2 kali.



Chinese Visa Application Service Centre Kuala Lumpur
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection)
157, Jalan Mayang Sari,
Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
No tel: +60 3-2176 0888
Waktu Operasi: 9am – 4pm
Website: 
http://www.visaforchina.org/KUL_EN/

Chinese Visa Application Service Centre Pulau Pinang
 Ground Floor,17 Lebuh Bishop,
10200 Georgetown,Pulau Pinang
Call:  603 2176 0888
Fax:  604 2519 785
Waktu Operasi: 9am – 4pm

Chinese Visa Application Service Centre Kuching
2nd FloorWisma Naim 21/2 Mile,
 Rock Road, 93200 Kuching, Sarawark, Malaysia
Tel: 082-259885
Fax: 082-256885
Waktu Operasi: 9am – 4pm

 

Dokumen sokongan yang diperlukan buat ketika ini ialah:

   I.          form visa (boleh dapatkan di kaunter atau download siap-siap di website  

  II.            passport original

 III.           salinan muka depan passport original

  IV.          gambar ukuran passport latar belakang putih (2 keping)

  V.      tempahan hotel atau tiket penerbangan (pastikan nama setiap pemohon ada dalam senarai tempahan penerbangan)



Jadual Harga visa ke China bermula 1 julai 2017

 
Proses buat visa china memang agak rumit dan mengambil masa 4 hari bekerja. Kalau hari ini anda buat visa, lagi 4 hari anda kena datang balik untuk ambil passport anda semua yang dah dilekatkan visa di dalam passport anda.

Sekiranya anda tidak punya masa untuk buat visa sendiri atau rumah anda terlalu jauh dari Kuala Lumpur, anda boleh buat visa pada travel agent yang berhampiran dengan rumah anda. Kebiasaannya cas yang dikenakan serendah RM150-250 bagi setiap passport.



Tips dari abam:

ü  Elakkan buat visa pada hari Isnin atau selepas hari cuti umum (biasanya akan ramai orang sampai tahap amik nombor pagi tapi petang baru nombor anda dipanggil)

ü  Sebenarnya permohonan visa boleh set appoiment, tapi  kena datang awal jugaklah. Nombor awak special sikit…ala2 potong Q..kalau awak terlepas dari masa appoiment, kena amik nombor macam biasa. Link untuk set appoiment : https://www.visaforchina.org/web/reservation/ReservationAction_preCreateReservation.action?visacenterCode=KUL&request_locale=en_US&site_alias=KUL_EN bila dah set appoiment, korang kena pergi kaunter dan maklumkan yang awak dah set appoiment.

ü  Take note yer..nombor giliran bagi permohonan visa sampai pukul 3 petang sahaja. Datang lepas pukul 3 petang tak dapat nombor giliran.

ü  Gambar passport selalu jadi isu, biasa kita nak jimat kita scan dan print sendiri dan menghasilkan gambar passport background putih yang blur2 flowlers. tak lepas yer, permohonan akan direject. Abam selalu print kat kedai gambar 4 keping kena ketuk RM10. Abam selalu sangkut part inilah, customer yang nak join trip semua bagi gambar blur2 flowlers.

ü  selewat-lewatnya buat permohonan visa 2 minggu sebelum tarikh penerbangan kerana sekiranya permohonan anda gagal, anda punyai masa lagi untuk buat permohonan semula. Sekiranya permohonan visa anda gagal, segala dokumen tidak akan dipulangkan(kecuali passport) dan anda terpaksa menyediakan semua dokumen itu semula.

6)      HOTEL
Gaungzhou memang banyak hotel dari takde bintang ke 7 bintang, tetapi ada beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan dalam memilih hotel. Sebenarnya pemilihan hotel ini sangat subjektif. Ada orang yang menilai dari sudut kemampuan, keselesaan, jarak dengan tempat tumpuan dan kemudahan.

Setiap hotel berbeza, bagi abam apa yang penting ialah kemudahan. Apa maksud kemudahan?

·         Dekat dengan kedai makanan halal
·         Dekat dengan stesen METRO
·         Waktu malam persekitaran hotel hidup
Abam x terlalu mementingkan keselesaan, cukup sekadar bilik hotel itu ada katil, bersih dan ada aircond. Standard 2 bintang dah memadai, abam senaraikan hotel-hotel yang menepati standard abam:

·         East Asia Hotel
·         New Asia Hotel
·         Hong cheng Hotel
·         Lido Hotel
·         Guangdong hotel

adapter plug negara china


                Kebiasaanya setiap hotel ada menyediakan WIFI, tapi biasalah Wifi yang disedikan ada masanya lambat macam siput. Sebaiknya anda perlu membeli sim kad china.  Adapter plug di China juga berbeza dengan Malaysia. sesetengah hotel ada menyediakan adapter plug seperti dimalaysia. Tetapi bagi mengelakkan anda bergaduh laki bini, lebih baik anda bawak universal adapter plug.
 
  Setiap orang mempunyai citarasa berbeza, sekiranya senarai hotel yang abam senaraikan ini anda tidak berkenan, cara nak cari dengan lebih mudah google nama tempat tumpuan  di agoda. Contohnya : onelink plaza Guangzhou china, agado akan senaraikan hotel yang berhampiran dengan plaza tersebut.

Tips dari abam:

ü  Kalau anda jenis nak beli macam-macam, barang yang awak borong mesti banyak dan takkan semua barang nak sumbat dalam bilik. Carilah hotel yang barang boleh letak di lobi hotel. Awak packing elok-elok dan susun cantic-cantik kat sudut lobi hotel. 3 hotel teratas abam bagi tu boleh letak barang niaga kat lobi. Tapi janganlah sampai 1 lori korang nk tumpang letak kat lobi yer..kalau barang bayak sangat, minta supplier terus hantar ke warehouse. Bab lain abam ajar nanti.

ü  Sebelum memborong atau merayau ambil business card hotel 4-5 keping untuk memudahkan supplier hantar barang ke hotel atau memudahkan teksi hantar korang ke hotel. Biasanya waktu memborong semua lorong awak nak redah, nak patah balik dah x ingat jalan. Itulah kegunaan card alamat hotel.


7)       PERTUKARAN MATA WANG CHINA (YUAN)
                Pertukaran mata wang boleh dibuat di pengurup wang berhampiran rumah anda, bagi mereka yang berada diluar kawasan Selangor dan kuala lumpur pasti mengalami masalah untuk menukar mata wang Ringgit ke Yuan kerana kebiasaannya diluar kawasan Selangor dan Kuala lumpur adalah lebih tinggi harganya. Jumlah wang yang boleh dibawa ke china ialah bersamaan USD10,000 = RM42,000 = YUAN 67,000. Jumlah yang tepat boleh disemak mengikut kadar wang USD semasa.



Bagi mereka yang berada di lembah klang, abam cadangkan  kalau nak tukar duit boleh tukar beberapa tempat popular yang selalu menjadi bualan dan diyakini murah
·         mid valley
·          Nu sentral  
·         ioi mall putrajaya

 Tiga tempat ini abam biasa tukar. Jangan pergi tukar duit di masjid india atau petaling street, disana pengurup wang memberikan kadar pertukaran yang luar biasa rendah dari yang lain kerana mereka selalu menipu dengan cara menyelit 4-5 keping duit palsu. Ada beberapa peserta abam dah kena tipu.
Tips dari abam:

ü  Pastikan pengiraan duit dilakukan menggunakan mesin kerana hanya mesin pengiraan duit dapat mengesan duit palsu dengan mudah. Tapi memang kebiasaan semua pengurup wang menggunakan mesin, mana ada orang nak kira guna tangan sebab lambat. Jadi trick yang biasa digunakan oleh pengurup wang ialah dengan cara setelah dikira menggunakan mesin anda mesti memastikan duit tersebut diletakkan dihadapan anda bukannya diletakkan di tempat yang anda tidak nampak, ketika itu mereka berpeluang untuk menukarkan duit tersebut dengan cara menyelitkan 4-5 helai duit palsu.

ü  Sebenarnya tukar duit ini ada konsep tawar menawar, Cuma masalah kalau deal dengan staff kat kaunter dia akan bagi harga ikut screen TV. Abam selalu tukar duit di VISIONERY CREATION, IOI MALL PUTRAJAYA. Sebelum datang abam akan call manager dia dulu..Abam selalu tukar duit banyak, jadi abam akan mintak deal manager terus. Abam biasa dapat rate lebih rendah dari yang dipaparkan di screen TV. Murah 10 sen pon kalau dah tukar RM30k untung dalam RM48 tau. Lepas duit minyak dengan duit parking.



8)      CUACA DI GUANGZHOU
Peta Dunia Menunjukan Guangzhou terletak di selatan China iaitu berhampiran dengan  shenzen dan hongkong. Cuaca di Guangzhou banyak dipengaruhi oleh arah angin yang datang. Samada dari laut china selatan atau dari utara china.  Ketika musim panas iaitu sekitar bulan 6 hingga 8, tahap suhu boleh mencecah sehingga 33c dan musim sejuk suhu boleh mencecah sehingga tahap 8c.
Kebimbangan perlu di letakkan pada penghujung bulan 8 hingga awal bulan 10 yang mana pada waktu tersebut kebiasaannya wilayah Guangdong akan dilanda taufan hato yang mampu menerbangkan orang .



 Tips dari abam:

ü  Guangzhou tiada salji yang turun macam Beijing, tapi disebabkan selatan China selalu terdedah dengan angin, suhu paling sejuk sekitar 8c pon korang akan rasa tamparan yang hebat kat muka korang macam 0c.

ü  Kalau datang musim sejuk, x payah berabis duit beli baju tebal2 kat Malaysia. pakai je baju tebal yang ada. sampai Guangzhou terus pegi plaza pakaian atau night market, kat sana banyak kedai jual baju sejuk…murah-murah dan berkualiti.


9)      COMPANY SHIPPING
Terdapat banyak company shipping barangan dagangan dari china ke Malaysia. boleh google “shipping company from china to Malaysia” . hubungi office terlebih dahulu untuk mengetahui bagaimana cara untuk mendaftar. Apa yang anda perlu pastikan dalam memilih company shipping adalah sangat penting iaitu:

·         Perkhidmatan shipping yang disediakan adalah Door to door
·         Tiada cas-cas tambahan
·         Dapatkan contact person yang incas di Guangzhou. Samada            wechat atau no telefon Kebiasanya cas yang dikenakan sekitar        RM300 hingga RM400 bagi setiap M3. Cara pengiraan shipping      abam akan terangkan dalam bab lain.

Tips dari abam:
ü  Kalau awak sampai Guangzhou, sambil pusing plaza borong tu kena tengok-tengok iklan-iklan kat dalam plaza borong shipping to Malaysia. dah sampai sana memang nampak banyak papan-papan iklan shipping to Malaysia terutama di plaza onelink dan gadget.


10)   PERSEDIAAN SOFTWARE DALAM HANDPHONE
China merupakan sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan dasar pintu tertutup kerana mereka tidak mahu barat campurtangan dalam politik tempatan mereka.  Walaubagaimanapun melalui Perjanjian Nanking 1842, China membuka pintu  kepada Barat. Memang mengantuk kalau cerita bab sejarah. Apa yang abam cuba sampaikan ialah walaupun china dikatakan sudah mengamalkan dasar pintu terbuka , tetapi banyak sekatan-sekatan supaya negara china tidak terlalu terdedah kepada dunia luar. Antara sekatan di handphone ialah:

·         GOOGLE             

·         FACEBOOK
·         INSTAGRAM
·         TWITTER
·         YOUTUBE                                           
            


Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan rooming, telefon bimbit anda tidak akan disekat dari menggunakan aplikasi google, facebook, instaragam, twitter dan youtube. Tetapi kalau dikira kos pengunaan rooming dan membeli simkad china,  lebih jimat membeli simkad china sekiranya anda berhasrat berada di china lebih dari 4 hari.
Antara software yang perlu ada dalam handphone :

·         We chat
·         VPN (Virtual Private Network)
·         Google translate
·         Waktu solat dan Compass kiblat
·         Guangzhou METRO
·         XE Currency
·         Set mark your location





We chat 
We chat merupakan laman sosial bagi orang china, segalanya di update dalam wechat seperti Facebook. Mereka berhubung kebiasanya menggunakan wechat, seperti kita di Malaysia berhubung menggunakan whatsapp di Malaysia. whatsapp boleh digunakan di china tetapi mereka tidak menggunakannya untuk massage bersama rakan-rakan. Jadi, anda perlu ada aplikasi we chat untuk berhubung dengan supplier yang bakal anda jumpa di china.

Kebanyakkan orang china memang tidak pandai cakap Bahasa English. Jadi mereka akan taip dalam Bahasa mandarin dan di application we chat terdapat button translate untuk anda translate ke Bahasa English. Begitu juga anda taip dalam English, mereka akan translate ke Bahasa mandarin.

Tips dari abam:
ü  Taip perkataan yang mudah dan ringkas bagi membolehkan translate ke mandarin mudah untuk difahami.



VPN (Virtual Private Network)
VPN adalah teknologi yang menyambungkan internet  dari lokasi-lokasi lain. Maknanya, internat di China menyekat aksess trafik ke Facebook , jadi anda degil nak juga guna Facebook terpaksalah anda guna server di negara yang boleh aksess facebook.
Nak mudah faham, anda di china tapi anda guna server Canada untuk aksess Facebook di China .

Jadi untuk mengaksess ke google, facebook, Instagram, twitter dan youtube ada caranya. Iaitu dengan mengaktifkan VPN, anda boleh aksess semua laman sosial seperti di Malaysia. terdapat banyak pilihan software VPN yang boleh anda cuba seperti di bawah.


Tips dari abam:

ü  Download lebih dari 3 VPN kerana VPN sebenarnya servis berbayar, jadi awak guna trial version sahaja. Tidak semua VPN berfungsi dengan baik di china, kena try and error. Abam biasa guna VPN master, betternet dan Free VPN.

ü  Guna bila perlu sahaja dan matikan jika tidak digunakan kerana setiap VPN ada had masa untuk digunakan. Sekiranya awak guna seharian, ianya akan menyebabkan wechat lambat masuk dan nombor telefon anda susah untuk dihubungi kena anda sedang menggunakan server luar dari china.









Google translate
Bagi mengelakkan anda bercakap seperti ayam dan itik, anda boleh menggunakan google translate untuk melancarkan proses deal dengan supplier atau bertanya sesuatu. Google translate juga mampu menukar tulisan cina yang di ambil gambar di translate ke Bahasa English. Walaupun translate agak berterabur, sekurang-kurangnya membantu serba sedikit untuk kita memahaminya.
      
translate dari tulisan cina ke english dengan mudah

Waktu solat dan compass kiblat
Setiap negara berbeza waktu solat, sibuk memborong jangan sampai terlepas waktu solat.
Pastikan aplikasi waktu solat ada compass kiblat bagi memudahkan anda solat di mana-mana. Aplikasi ini perlu mengesan lokasi anda supaya dapat menunjukan arah kiblat dan waktu solat yang tepat.









Guangzhou METRO
METRO adalah seperti MRT di Malaysia, pengangkutan utama di Guangzhou ialah menggunakan METRO. Kebanyakan rakyat Guangzhou mengunakan metro sebagai pengangkutan utama.










XE Currency
Bagi mengelakkan kita terkial-kial 55yuan bersamaan berapa RM ye? 24yuan bersamaan berapa ye? Download XE Currency. Taip je berapa jumlah dan app tersebut akan membantu anda convert mengikut kadar mata wang semasa. Lebih mudah dan tepat.

Set mark your location
Bagi Pengguna Iphone, telefon anda dan memang ada application maps yang memudahkan anda untuk mark your location. Bagi pengguna android anda perlu download application maps yang boleh mark your location.

Tips dari abam:
ü  sampai sahaja tempat baru dan dirasakan menarik dan ingin datang semula hari berikutnya atau trip berikutnya. Eloklah mark your location. Tempat-tempat penting untuk awak mark your location adalah seperti Hotel, plaza borong, tempat makanan halal. Mark sebagai favourites macam abam buat kat bawah nie. Mudah untuk abam repeat datang tempat itu semua dan application ini siap bagitau camne nak pegi naik public transport samada bus atas Metro. Applicatioan ini juga banyak membantu kalau anda tersesat jauh.


11)   MAKANAN
beli makanan mengikut keperluan, sana ada makanan halal. Pandai-pandai la korang bajet. Macam saya kalau pergi berdua dengan wife selama 5hari, kami bawak meggi asam laksa 3, meggi goreng sedap 3, air susu dutchlady strawberry 6, air susu dutchlady chocolate 6, ketupat 20 (pek kecik, masak kat Malaysia siap2), sambal ikan bilis, roti gardenia(saiz kecik), tuna 1, 3in1 nescafe 15paket, pisau, pinggan polistren 2 (kitarsemula), sudu garfu 2. Itu je. Details kau..hihi

12)   SALINAN ALAMAT DALAM BAHASA CINA
Sekiranya anda sudah mempunyai sasaran tempat untuk dituju hasil dari carian di google, sebaiknya alamat yang anda perolehi itu ditulis dalam Bahasa cina, kerana sekiranya hanya ditulis dalam Bahasa English sahaja. Abam yakin, anda tidak akan sampai ketempat yang dituju kerana kebanyakkan driver teksi tidak pandai membaca Bahasa English. Driver tersebut akan merujuk pada tulisan Cina sahaja. Nak lagi bagus, print peta google yang ada tulisan nama jalan dalam Bahasa cina.
 Contoh: sekiranya anda booking hotel di internet, pastikan alamat hotel  yang tertera di booking tersebut ditulis dalam Bahasa cina.












Siapa Abam?

Abam dulu aktif setiap bulan turun naik guangzhou bawak trip..sekarang abam dah fokus bisnes lain. abam kongsikan serba sedikit ilmu yang abam ada untuk membantu korang turun sendiri ke guangzhou. sekiranya perkongsian ini bermanfaat..

sila share..barulah abam bersemangat nk menulis lagi..

sebenarnya abam nak jadikan penulisan ini dalam bentuk buku untuk dijual..tapi abam pikir balik..abam kongsikan secara percuma sahaja. 

Puashati x penerangan abam? 
nak abam menulis lagi?











CARA BELI KERETA DIRECT OWNER TANPA GUNA USECAR.

Add caption BELI KERETA DIRECT OWNER ? aku tau ramai yang ada masalah nak beli kereta direct owner dari kawan, sedara mara, jiran.. t...