PERSEDIAAN
SEBELUM MEMBORONG KE CHINA
1)
PASSPORT
Passport berfungsi sebagai pengenalan diri di luar Negara, Pastikan
passport anda masih hidup 6 bulan
sebelum tarikh penerbangan. Jika tidak anda tidak akan lepas dari mana-mana
pintu sempadan Negara. ini basic ya.. takkan itu pun abam nak ajar.
2)
SEMAK SENARAI HITAM IMIGRESYEN
Semakan ini mudah, anda boleh buat semakan di website imigresen
iaitu http://sspi2.imi.gov.my/
dengan hanya memasukkan nombor
IC/pengenalan diri anda sahaja. Sekiranya anda masih dibawah seliaan
pelaporan polis jangan mimpi anda bolos dari sempadan Negara melainkan jalan
tikus. Siapa yang belajar tinggi-tinggi sehingga menara gading tu pasti biasa
semak sebab takut tidak lepas keluar Negara. Hutang tetap hutang, pastikan anda
bayar hutang PTPTN.
Sebelum anda membuat pembelian tiket, sila semak terlebih dahulu
bagi mengelakkan anda tersadai di pintu-pintu imigresen negara Malaysia. sekiranya
semakan status kawalan imigresen menunjukkan tiada halangan, anda boleh menarik
nafas lega. Sekiranya semakan menunjukkan sila rujuk ke pejabat imigresen
terdekat, tak payahlah menggatal nak keluar negara. selesaikan dahulu hutang
PTPTN anda atau anda sedang berhadapan dengan prosiding mahkamah yang
memutuskan anda tidak boleh keluar negara.
Tips dari abam:
ü kebiasaannya ramai x lepas keluar negara sebab sangkut PTPTN,
sebenarnya PTPTN nie tak kejam mana. Awak tak perlu langsaikan semua hutang
sekaligus, pergi pejabat PTPTN terdekat atau hubungi PTPTN untuk apply UJRAH.
Abam dulu masa apply kena bayar RM7000 baru boleh apply UJRAH dan bulanan kena
bayar RM300. Itu pun lepas 8 tahun habis belajar baru abam ada kesedaran nak
buat UJRAH. Hutang tetap hutang yer.
3)
TARIKH YANG TIDAK SESUAI UNTUK
KE GUANGZHOU
Untuk memborong di Guangzhou, banyak perkara yang perlu anda teliti
terlebih dahulu bagi mengelakkan misi anda gagal. Kadang-kadang kita terlalu
teruja untuk keluar negara tapi pergi pada masa yang tidak sesuai. Akibatnya,
kita tidak dapat barang yang kita mahukan dan merugikan masa dan tenaga. Sila
google kalender cuti umum di china terlebih dahulu.
Antara tarikh yang pasti tidak boleh pergi ke Guangzhou untuk
memborong ialah seperti berikut:
1) Cuti perayaan tahun baru (Chinese
New Year)
Anda perlu tahu, setiap tahun Negara
china akan menyambut perayaan Chinese New Year.
Sekiranya hari ini adalah Chinese new
year, jadi 2 minggu sebelum dan 2 minggu
selepas Chinese new year adalah masa yang tidak boleh turun ke Guangzhou. Kebanyakkan
kedai tutup pada waktu itu. Selain itu kebanyakkan kedai yang buka kedai tidak mempunyai stok barang niaga yang
banyak kerana kebanyakkan kilang telah menghentikan operasi lebih awal dari
tarikh Chinese new year.
2) Sambutan hari Kemerdekaan
Negara China telah merdeka pada 1 Okotber
1949. Oleh itu, setiap tahun sambutan kemerdekaan akan diadakan. Banyak jalan
akan ditutup untuk tujuan acara sambutan hari kemerdekaan. Bagi pekerja
kerajaan, mereka bercuti selama seminggu.
Untuk para peniaga dan plaza-plaza borong pula tiada ketetapan hari cuti
dibuat tetapi kebanyakan peniaga tidak membuka kedai pada 1&2 oktober setiap tahun.
3) Panganjuran Canton Fair
Canton fair adalah event besar-besaran
seluruh Guangzhou, semua pembekal dan pengilang akan berkumpul di conton fair
bagi memasarkan produk mereka keseluruh dunia. Jika anda pergi ke Guangzhou pada
tarikh canton fair, anda akan alami masalah harga hotel meningkat 100% kerana
penawaran melebihi permintaan. Teksi tidak mahu menggunakan meter dan
menawarkan harga yang sangat tinggi, dan jalan kebanyakkannya sesak kerana ketika
ini Guangzhou menjadi tumpuan dunia bagi memasarkan barangan mereka. Sila
google tarikh canton fair kerana ianya berubah setiap tahun. Penerangan
berkaitan canton fair abam akan terangkan dalam bab yang lain.
Tips
dari abam:
ü google terlebih dahulu tarikh-tarikh canton fair bagi mengelakkan
kos anda meningkat 100% . canton fair sebenarnya bagus bagi peniaga yang nak
memborong dalam skala yang besar. Kalau setakat nak beli stok barang bawah
1000pcs. Baik anda elakkan pergi ke china pada tarikh canton fair.
4)
TIKET PENERBANGAN
Tiada perbezaan masa di Malaysia dan Guangzhou, kalau di malaysia
jam menunjukkan pukul 6.00 petang di Guangzhou juga sama. Cuma lebih tepat
seperti berada di sabah, jam 6.00 petang sudah mula gelap dan 6.00 Pagi sudah
mula terang.
Penerbangan dari KUALA LUMPUR ke GUANGZHOU mengambil masa 4 jam 10
minit. Abam biasa pergi Guangzhou menaiki penerbangan Air Asia. Setiap hari ada
penerbangan ke Guangzhou dan Air Asia menawarkan 3 masa penerbangan.
Abam
cadangkan beli tiket airasia, sekiranya beli ketika promo memang murah serendah
RM496 pergi balik. Harga ketika tiada promosi sekitar RM700 ke atas, bagi abam
kalau dapat harga bawah RM700 sudah dikira murah, jangan tenung lama-lama,
lebih baik terus beli, makin ditenung makin naik harganya. Airasia memang
begitu. Kalau banyak duit boleh beli saat akhir harga sekitar RM1000-1200.
Terpulang pada korang.
Tips dari abam:
ü Beli tiket penerbangan pergi pada pukul 5.05 pagi kerana ianya
banyak menjimatkan masa dan kos korang. Sampai Guangzhou sekitar jam 9.15
pagi boleh terus pergi ke hotel untuk
letak barang di lobi bawah pengawasan pekerja di hotel dan terus pergi
memborong. Kebiasaannya anda boleh checkin di hotel jam 2.00 ptg. Jimat 1 hari
hotel kalau pegi pukul 5.05 pagi.
ü Waktu penerbangan balik terpulang pada korang, kalau nak stay lama
ambil penerbangan terakhir pukul 10.00 malam. Tapi ingat yer, sampai Malaysia
kul 2.05 pagi. Jangan suka nyusahkan orang pickup awak tu pagi-pagi buta kat
airport, sekali sekala takpe.
5)
VISA
Negara China memerlukan visa, permohonan visa di Malaysia hanya boleh di
buat di 3 tempat sahaja iaitu di hampshire place Jalan Tun razak, George town
Pulau Pinang dan Kuching Sarawak.
Embassy china suka tukar syarat permohonan secara tiba-tiba, jadi
anda boleh semak website Embassy terlebih dahulu bagi mengelakkan anda buat
kerja 2 kali.
Chinese Visa
Application Service Centre Kuala Lumpur
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection)
157, Jalan Mayang Sari,
Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
No tel: +60 3-2176 0888
Waktu Operasi: 9am – 4pm
Website: http://www.visaforchina.org/KUL_EN/
Chinese Visa Application
Service Centre Pulau Pinang
Ground Floor,17 Lebuh Bishop,
10200
Georgetown,Pulau Pinang
Call: 603 2176 0888
Fax: 604 2519 785
Waktu Operasi: 9am – 4pm
Chinese Visa Application
Service Centre Kuching
2nd Floor,Wisma Naim 21/2 Mile,
Rock Road, 93200 Kuching, Sarawark, Malaysia
Tel: 082-259885
Fax: 082-256885
Waktu Operasi: 9am – 4pm
Dokumen sokongan yang diperlukan buat ketika ini ialah:
I. form visa (boleh dapatkan di
kaunter atau download siap-siap di website
II.
passport original
III. salinan muka depan passport
original
IV. gambar ukuran passport latar
belakang putih (2 keping)
V. tempahan hotel atau tiket
penerbangan (pastikan nama setiap pemohon ada dalam senarai tempahan
penerbangan)
|
Jadual Harga visa ke China bermula 1 julai 2017 |
Proses buat visa china memang agak rumit dan mengambil masa 4 hari bekerja. Kalau hari ini anda
buat visa, lagi 4 hari anda kena datang balik untuk ambil passport anda semua
yang dah dilekatkan visa di dalam passport anda.
Sekiranya anda tidak punya masa untuk buat visa sendiri atau rumah
anda terlalu jauh dari Kuala Lumpur, anda boleh buat visa pada travel agent
yang berhampiran dengan rumah anda. Kebiasaannya cas yang dikenakan serendah
RM150-250 bagi setiap passport.
Tips dari abam:
ü Elakkan buat visa pada hari Isnin atau selepas hari cuti umum
(biasanya akan ramai orang sampai tahap amik nombor pagi tapi petang baru
nombor anda dipanggil)
ü Take note yer..nombor giliran bagi permohonan visa sampai pukul 3
petang sahaja. Datang lepas pukul 3 petang tak dapat nombor giliran.
ü Gambar passport selalu jadi isu, biasa kita nak jimat kita scan dan
print sendiri dan menghasilkan gambar passport background putih yang blur2
flowlers. tak lepas yer, permohonan akan direject. Abam selalu print kat kedai
gambar 4 keping kena ketuk RM10. Abam selalu sangkut part inilah, customer yang
nak join trip semua bagi gambar blur2 flowlers.
ü selewat-lewatnya buat permohonan visa 2 minggu sebelum tarikh
penerbangan kerana sekiranya permohonan anda gagal, anda punyai masa lagi untuk
buat permohonan semula. Sekiranya permohonan
visa anda gagal, segala dokumen tidak
akan dipulangkan(kecuali passport) dan anda terpaksa menyediakan semua
dokumen itu semula.
6)
HOTEL
Gaungzhou memang banyak hotel dari
takde bintang ke 7 bintang, tetapi ada beberapa kriteria yang perlu
dipertimbangkan dalam memilih hotel. Sebenarnya pemilihan hotel ini sangat
subjektif. Ada orang yang menilai dari sudut kemampuan, keselesaan, jarak
dengan tempat tumpuan dan kemudahan.
Setiap hotel berbeza, bagi abam apa
yang penting ialah kemudahan. Apa maksud kemudahan?
·
Dekat dengan kedai makanan
halal
·
Dekat dengan stesen METRO
·
Waktu malam persekitaran hotel
hidup
Abam x terlalu mementingkan keselesaan, cukup sekadar bilik hotel
itu ada katil, bersih dan ada aircond. Standard 2 bintang dah memadai, abam
senaraikan hotel-hotel yang menepati standard abam:
·
East Asia Hotel
·
New Asia Hotel
·
Hong cheng Hotel
·
Lido Hotel
·
Guangdong hotel
|
adapter plug negara china |
Kebiasaanya
setiap hotel ada menyediakan WIFI, tapi biasalah Wifi yang disedikan ada
masanya lambat macam siput. Sebaiknya anda perlu membeli sim kad china. Adapter plug di China juga berbeza dengan
Malaysia. sesetengah hotel ada menyediakan adapter plug seperti dimalaysia.
Tetapi bagi mengelakkan anda bergaduh laki bini, lebih baik anda bawak
universal adapter plug.
Setiap orang mempunyai citarasa berbeza,
sekiranya senarai hotel yang abam senaraikan ini anda tidak berkenan, cara nak
cari dengan lebih mudah google nama tempat tumpuan di agoda. Contohnya : onelink plaza Guangzhou
china, agado akan senaraikan hotel yang berhampiran dengan plaza tersebut.
Tips dari abam:
ü Kalau anda jenis nak beli macam-macam, barang yang awak borong mesti
banyak dan takkan semua barang nak sumbat dalam bilik. Carilah hotel yang
barang boleh letak di lobi hotel. Awak packing elok-elok dan susun
cantic-cantik kat sudut lobi hotel. 3 hotel teratas abam bagi tu boleh letak barang
niaga kat lobi. Tapi janganlah sampai 1 lori korang nk tumpang letak kat lobi
yer..kalau barang bayak sangat, minta supplier terus hantar ke warehouse. Bab
lain abam ajar nanti.
ü Sebelum memborong atau merayau ambil business card hotel 4-5 keping
untuk memudahkan supplier hantar barang ke hotel atau memudahkan teksi hantar
korang ke hotel. Biasanya waktu memborong semua lorong awak nak redah, nak
patah balik dah x ingat jalan. Itulah kegunaan card alamat hotel.
7)
PERTUKARAN MATA WANG CHINA (YUAN)
Pertukaran mata wang boleh
dibuat di pengurup wang berhampiran rumah anda, bagi mereka yang berada diluar
kawasan Selangor dan kuala lumpur pasti mengalami masalah untuk menukar mata
wang Ringgit ke Yuan kerana kebiasaannya diluar kawasan Selangor dan Kuala
lumpur adalah lebih tinggi harganya. Jumlah wang yang boleh dibawa ke china ialah
bersamaan USD10,000 = RM42,000 = YUAN 67,000. Jumlah yang tepat boleh disemak
mengikut kadar wang USD semasa.
Bagi mereka yang
berada di lembah klang, abam cadangkan kalau nak tukar duit boleh tukar beberapa
tempat popular yang selalu menjadi bualan dan diyakini murah
·
mid valley
·
Nu sentral
·
ioi mall putrajaya
Tiga tempat ini abam biasa tukar. Jangan pergi
tukar duit di masjid india atau petaling street, disana pengurup wang
memberikan kadar pertukaran yang luar biasa rendah dari yang lain kerana mereka
selalu menipu dengan cara menyelit 4-5 keping duit palsu. Ada beberapa peserta
abam dah kena tipu.
Tips dari abam:
ü Pastikan pengiraan duit dilakukan menggunakan mesin kerana hanya
mesin pengiraan duit dapat mengesan duit palsu dengan mudah. Tapi memang
kebiasaan semua pengurup wang menggunakan mesin, mana ada orang nak kira guna
tangan sebab lambat. Jadi trick yang biasa digunakan oleh pengurup wang ialah
dengan cara setelah dikira menggunakan mesin anda mesti memastikan duit
tersebut diletakkan dihadapan anda bukannya diletakkan di tempat yang anda
tidak nampak, ketika itu mereka berpeluang untuk menukarkan duit tersebut
dengan cara menyelitkan 4-5 helai duit palsu.
ü Sebenarnya tukar duit ini ada konsep tawar menawar, Cuma masalah
kalau deal dengan staff kat kaunter dia akan bagi harga ikut screen TV. Abam
selalu tukar duit di VISIONERY CREATION, IOI MALL PUTRAJAYA. Sebelum datang
abam akan call manager dia dulu..Abam selalu tukar duit banyak, jadi abam akan
mintak deal manager terus. Abam biasa dapat rate lebih rendah dari yang
dipaparkan di screen TV. Murah 10 sen pon kalau dah tukar RM30k untung dalam
RM48 tau. Lepas duit minyak dengan duit parking.
8)
CUACA DI GUANGZHOU
Peta Dunia Menunjukan Guangzhou terletak di
selatan China iaitu berhampiran dengan
shenzen dan hongkong. Cuaca di Guangzhou banyak dipengaruhi oleh arah
angin yang datang. Samada dari laut china selatan atau dari utara china. Ketika musim panas iaitu sekitar bulan 6
hingga 8, tahap suhu boleh mencecah sehingga 33c dan musim sejuk suhu boleh
mencecah sehingga tahap 8c.
Kebimbangan perlu di letakkan pada
penghujung bulan 8 hingga awal bulan 10 yang mana pada waktu tersebut
kebiasaannya wilayah Guangdong akan dilanda taufan hato yang mampu menerbangkan
orang .
Tips
dari abam:
ü
Guangzhou tiada salji yang
turun macam Beijing, tapi disebabkan selatan China selalu terdedah dengan angin,
suhu paling sejuk sekitar 8c pon korang akan rasa tamparan yang hebat kat muka
korang macam 0c.
ü
Kalau datang musim sejuk, x
payah berabis duit beli baju tebal2 kat Malaysia. pakai je baju tebal yang ada.
sampai Guangzhou terus pegi plaza pakaian atau night market, kat sana banyak
kedai jual baju sejuk…murah-murah dan berkualiti.
9)
COMPANY SHIPPING
Terdapat banyak
company shipping barangan dagangan dari china ke Malaysia. boleh google
“shipping company from china to Malaysia” . hubungi office terlebih dahulu
untuk mengetahui bagaimana cara untuk mendaftar. Apa yang anda perlu pastikan
dalam memilih company shipping adalah sangat penting iaitu:
·
Perkhidmatan shipping yang
disediakan adalah Door to door
·
Tiada cas-cas tambahan
· Dapatkan contact person yang
incas di Guangzhou. Samada wechat atau no telefon Kebiasanya cas
yang dikenakan sekitar RM300 hingga RM400 bagi setiap M3. Cara pengiraan
shipping abam akan terangkan dalam bab lain.
Tips dari abam:
ü
Kalau awak sampai Guangzhou,
sambil pusing plaza borong tu kena tengok-tengok iklan-iklan kat dalam plaza borong
shipping to Malaysia. dah sampai sana memang nampak banyak papan-papan iklan
shipping to Malaysia terutama di plaza onelink dan gadget.
10)
PERSEDIAAN SOFTWARE DALAM
HANDPHONE
China merupakan sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan dasar
pintu tertutup kerana mereka tidak mahu barat
campurtangan dalam politik tempatan mereka. Walaubagaimanapun
melalui Perjanjian Nanking 1842, China membuka
pintu kepada Barat. Memang
mengantuk kalau cerita bab sejarah. Apa yang abam cuba sampaikan ialah walaupun
china dikatakan sudah mengamalkan dasar pintu terbuka , tetapi banyak
sekatan-sekatan supaya negara china tidak terlalu terdedah kepada dunia luar. Antara
sekatan di handphone ialah:
·
GOOGLE
·
FACEBOOK
·
INSTAGRAM
·
TWITTER
·
YOUTUBE
Sekiranya
anda berhasrat untuk menggunakan rooming, telefon bimbit anda tidak akan
disekat dari menggunakan aplikasi google, facebook, instaragam, twitter dan
youtube. Tetapi kalau dikira kos pengunaan rooming dan membeli simkad
china, lebih jimat membeli simkad china
sekiranya anda berhasrat berada di china lebih dari 4 hari.
Antara
software yang perlu ada dalam handphone :
·
We chat
·
VPN (Virtual Private Network)
·
Google translate
·
Waktu solat dan Compass kiblat
·
Guangzhou METRO
·
XE Currency
·
Set mark your location
We
chat
We
chat merupakan laman sosial bagi orang china, segalanya di update dalam wechat
seperti Facebook. Mereka berhubung kebiasanya menggunakan wechat, seperti kita
di Malaysia berhubung menggunakan whatsapp di Malaysia. whatsapp boleh
digunakan di china tetapi mereka tidak menggunakannya untuk massage bersama rakan-rakan.
Jadi, anda perlu ada aplikasi we chat untuk berhubung dengan supplier yang
bakal anda jumpa di china.
Kebanyakkan
orang china memang tidak pandai cakap Bahasa English. Jadi mereka akan taip
dalam Bahasa mandarin dan di application we chat terdapat button translate
untuk anda translate ke Bahasa English. Begitu juga anda taip dalam English,
mereka akan translate ke Bahasa mandarin.
Tips dari abam:
ü
Taip perkataan yang mudah dan ringkas
bagi membolehkan translate ke mandarin mudah untuk difahami.
VPN
(Virtual Private Network)
VPN adalah teknologi yang menyambungkan
internet dari lokasi-lokasi lain. Maknanya,
internat di China menyekat aksess trafik ke Facebook , jadi anda degil nak juga
guna Facebook terpaksalah anda guna server di negara yang boleh aksess
facebook.
Nak mudah faham, anda di china tapi
anda guna server Canada untuk aksess Facebook di China .
Jadi untuk mengaksess ke google, facebook,
Instagram, twitter dan youtube ada caranya. Iaitu dengan mengaktifkan VPN, anda
boleh aksess semua laman sosial seperti di Malaysia. terdapat banyak pilihan
software VPN yang boleh anda cuba seperti di bawah.
Tips dari abam:
ü Download lebih dari 3 VPN kerana VPN sebenarnya
servis berbayar, jadi awak guna trial version sahaja. Tidak semua VPN berfungsi
dengan baik di china, kena try and error. Abam biasa guna VPN master, betternet
dan Free VPN.
ü Guna bila perlu sahaja dan matikan jika tidak
digunakan kerana setiap VPN ada had masa untuk digunakan. Sekiranya awak guna
seharian, ianya akan menyebabkan wechat lambat masuk dan nombor telefon anda
susah untuk dihubungi kena anda sedang menggunakan server luar dari china.
Google translate
Bagi mengelakkan anda bercakap seperti ayam dan
itik, anda boleh menggunakan google translate untuk melancarkan proses deal
dengan supplier atau bertanya sesuatu. Google translate juga mampu menukar
tulisan cina yang di ambil gambar di translate ke Bahasa English. Walaupun
translate agak berterabur, sekurang-kurangnya membantu serba sedikit untuk kita
memahaminya.
|
translate dari tulisan cina ke english dengan mudah |
Waktu solat dan compass kiblat
Setiap negara berbeza waktu solat, sibuk
memborong jangan sampai terlepas waktu solat.
Pastikan aplikasi waktu solat ada compass kiblat
bagi memudahkan anda solat di mana-mana. Aplikasi ini perlu mengesan lokasi
anda supaya dapat menunjukan arah kiblat dan waktu solat yang tepat.
Guangzhou METRO
METRO adalah seperti MRT di Malaysia, pengangkutan
utama di Guangzhou ialah menggunakan METRO. Kebanyakan rakyat Guangzhou
mengunakan metro sebagai pengangkutan utama.
XE Currency
Bagi mengelakkan kita terkial-kial 55yuan
bersamaan berapa RM ye? 24yuan bersamaan berapa ye? Download XE Currency. Taip
je berapa jumlah dan app tersebut akan membantu anda convert mengikut kadar
mata wang semasa. Lebih mudah dan tepat.
Set
mark your location
Bagi
Pengguna Iphone, telefon anda dan memang ada application maps yang memudahkan
anda untuk mark your location. Bagi pengguna android anda perlu download
application maps yang boleh mark your location.
Tips dari abam:
ü sampai
sahaja tempat baru dan dirasakan menarik dan ingin datang semula hari
berikutnya atau trip berikutnya. Eloklah mark your location. Tempat-tempat
penting untuk awak mark your location adalah seperti Hotel, plaza borong,
tempat makanan halal. Mark sebagai favourites macam abam buat kat bawah nie.
Mudah untuk abam repeat datang tempat itu semua dan application ini siap
bagitau camne nak pegi naik public transport samada bus atas Metro.
Applicatioan ini juga banyak membantu kalau anda tersesat jauh.
11)
MAKANAN
beli makanan mengikut keperluan, sana ada makanan halal.
Pandai-pandai la korang bajet. Macam saya kalau pergi berdua dengan wife selama
5hari, kami bawak meggi asam laksa 3, meggi goreng sedap 3, air susu dutchlady
strawberry 6, air susu dutchlady chocolate 6, ketupat 20 (pek kecik, masak kat
Malaysia siap2), sambal ikan bilis, roti gardenia(saiz kecik), tuna 1, 3in1
nescafe 15paket, pisau, pinggan polistren 2 (kitarsemula), sudu garfu 2. Itu
je. Details kau..hihi
12)
SALINAN ALAMAT DALAM
BAHASA CINA
Sekiranya anda sudah mempunyai sasaran tempat untuk dituju
hasil dari carian di google, sebaiknya alamat yang anda perolehi itu ditulis
dalam Bahasa cina, kerana sekiranya hanya ditulis dalam Bahasa English sahaja.
Abam yakin, anda tidak akan sampai ketempat yang dituju kerana kebanyakkan
driver teksi tidak pandai membaca Bahasa English. Driver tersebut akan merujuk
pada tulisan Cina sahaja. Nak lagi bagus, print peta google yang ada tulisan
nama jalan dalam Bahasa cina.
Contoh: sekiranya anda
booking hotel di internet, pastikan alamat hotel yang tertera di booking tersebut ditulis dalam
Bahasa cina.
Siapa Abam?
Abam dulu aktif setiap bulan turun naik guangzhou bawak trip..sekarang abam dah fokus bisnes lain. abam kongsikan serba sedikit ilmu yang abam ada untuk membantu korang turun sendiri ke guangzhou. sekiranya perkongsian ini bermanfaat..
sila share..barulah abam bersemangat nk menulis lagi..
sebenarnya abam nak jadikan penulisan ini dalam bentuk buku untuk dijual..tapi abam pikir balik..abam kongsikan secara percuma sahaja.
Puashati x penerangan abam?
nak abam menulis lagi?